Monday 13 May 2013

Sekolah tercinta saya (SMK FELDA BESOUT) :')


 

     Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout telah diasaskan pada 9 Januari 1984. Pada minggu pertama persekolahan pelajar-pelajar menumpang di Sekolah Menengah Slim River. Para pelajar ini telah memulakan sidang persekolahannya pada sesi petang. Pelajar perintis seramai 210 orang ini terdiri daripada 3 kelas tingkatan satu dan 3 kelas tingkatan dua.
    Pada 16 Januari 1984, para pelajar telah berpindah ke bangunan sementara Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout. Bangunan ini telah didirikan oleh pihak FELDA di atas sebidang tanah seluas satu hektar dengan belanja RM116,000.00. Bangunan kayu ini terdiri daripada 2 blok iaitu 5 buah bilik darjah, 2 buah makmal, bilik guru, pejabat sekolah dan tandas. Perabot-perabot dan peralatan telah dibekalkan oleh Jabatan Pendidikan Perak.
     Bilangan guru pada ketika itu hanya 9 orang termasuk Pengetua. Puan Kalthom binti Abdul Rashid merupakan Pengetua yang pertama. Beliau memegang jawatan Pengetua sehingga 1 Februari 1984 apabila pada tarikh yang sama, En. Shafie bin Mohd Ariffin telah melapor diri sebagai Pengetua. Puan Kalthom pula memegang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan.
     Semenjak sekolah ini dibuka hingga kini (2013), tiga belas orang Pengetua telah ditugaskan di sekolah ini. 

About me :')


Hai assalamualaikum pada semua yang dah tengok blog ni :') Ibu bapa saya telah memberi nama untuk saya ialah IKA NADHIRA BT ABD RAZAK , Umur baru 14tahun tapi ramai yang cakap macam dah form4/5 disebabkan muka terlalu matured kot -.- Kadang-2 ramai jugak yang tak percaya yg saya baru form2 . Tapi nak buat macam mana kan ? Bersyukur jelahh ape yang allah bagi kat kita kan : ) Now , saya duduk dengan nenek dekat Felda besout, Sungkai Ipoh Perak 35600. Mak ayah n adik-2 saya semua duduk dekat kota damansara. Ada jugak mak suruh sekolah sana tapi tak nak lha sebab dah biasa duduk kampung sini lagipun saya daripada kecik duduk sini so , saya dah anggap nnek tu dah mcm mak kandung saya sendiri dah : ) Bila cuti skolah saya ikut lah mak ayah balik damansara n masa tu lah pulak saya nak menghabiskan duit diorang pulak . Ahh , mane aci asyik adik-2 saya je yang mintak fon lah , mainan lah , ipad lah , haha saya pun nak jugak kan ? *jeles ni* Tapi tak kisah la nak habiskan berapa ribu pun sebab ayah saya pun takde lah susah sangat , nak kata senang pun takde lah senang sangat . Tapi boleh lha untuk menyara anak bini makan . Setakan jadi manager dekat tropicana tu apelah sangat kan : ) Itupun masih tak cukup lagi untuk bayar bill rumah , api , air lagi . Ehh tapi dekat area selangor air yang harga bwah 20ringgit tak payah bayar kan . So , bill air tak kira kot lahh -.- Dekat kampung setiap bulan ayah bagi 500ringgit dekat nenek untuk belanja sekolah , dekat saya ayah bagi kdang-2 200lbih kdang-2 100lebih je . Lepas lah nak beli topap . Hahaha XD Ouhh sebelum tu terlupa pulakk , saya sekola dekat SMK (F) BESOUT . Cikgu dekat sini semua baik-2 n sporting belaka : ) Semua pakat comel-2 belaka . Alololo , HAHAH adonnn comelnye :3 Hmm , nak cite ape lagi hah ? Dah lenguh tangan ni nak tulis . Nanti ada masa saya story lagi kayy :') Bye-2 Assalamualaikum . sayang korang :* Muahhhh sikit :3 *Eee bukan muhrim lahh . ape lahh -.-'