Monday 13 May 2013

Sekolah tercinta saya (SMK FELDA BESOUT) :')


 

     Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout telah diasaskan pada 9 Januari 1984. Pada minggu pertama persekolahan pelajar-pelajar menumpang di Sekolah Menengah Slim River. Para pelajar ini telah memulakan sidang persekolahannya pada sesi petang. Pelajar perintis seramai 210 orang ini terdiri daripada 3 kelas tingkatan satu dan 3 kelas tingkatan dua.
    Pada 16 Januari 1984, para pelajar telah berpindah ke bangunan sementara Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Besout. Bangunan ini telah didirikan oleh pihak FELDA di atas sebidang tanah seluas satu hektar dengan belanja RM116,000.00. Bangunan kayu ini terdiri daripada 2 blok iaitu 5 buah bilik darjah, 2 buah makmal, bilik guru, pejabat sekolah dan tandas. Perabot-perabot dan peralatan telah dibekalkan oleh Jabatan Pendidikan Perak.
     Bilangan guru pada ketika itu hanya 9 orang termasuk Pengetua. Puan Kalthom binti Abdul Rashid merupakan Pengetua yang pertama. Beliau memegang jawatan Pengetua sehingga 1 Februari 1984 apabila pada tarikh yang sama, En. Shafie bin Mohd Ariffin telah melapor diri sebagai Pengetua. Puan Kalthom pula memegang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan.
     Semenjak sekolah ini dibuka hingga kini (2013), tiga belas orang Pengetua telah ditugaskan di sekolah ini. 

No comments:

Post a Comment